Wednesday, 17 April 2013

RINGKASAN BAB 3



NAMA                                    :           MUHAMAD FIKRI BIN RAMLI
NO.MATRIK                         :           204528
TAJUK                                    :           RINGKASAN BAB 3                                                                                
  

SEKULARISME

Sekularisme mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang luas, berkisar dengan ruang legar kehidupan dunia yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata. Perkataan dasar Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin 'saeculum'. Saeculum membawa maksud masa dan tempat. Maksud sekular yang merujuk kepada masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan. Manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata (J. A. Amurray & H. Bradley 1994). Oleh itu, kehidupan secara Sekular mesti berfokuskan kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tidak ada kaitan dengan hari kiamat atau pembalasan.

Sejarah - Sekularisme merupakan satu ideologi yang dibangkitkan  di sekitar negara barat  pada zaman pertengahan Eropah. Fahaman ini dibangkitan semasa penentangan yang dibuat oleh golongan protestan terhadap gereja Katolik yang mencengkam kuasa dan  mempengaruhi cara hidup bangsa Eropah. Ekoran daripada penentangan tersebut, munculnya usaha  bagi memisahkan agama daripada urusan dunia dan ini seterusnya mendorong kepada kemunculan ideology secular. Aliran ini berjaya diberi perhatian atas kebebasan yang diinginkan apabila berjaya menghadkan kuasa gereja  daripada  mengawal dan mempengaruhi corak pemikiran, pengetahuan dan soal politik.

Seiring dengan Revolusi Perancis 1789, ideologi ini terus diperkembangkan lagi. Pemerintahan gereja yang tidak membuka ruang  pemikiran dan pengkajian terhadap ilmu-ilmu  mencetuskan pemberontakan di kalangan rakyat demi mencipta kemajuan. Pada waktu yang sama , ideologi sekular telah meberi ruang kepada penyebaran ilmu pengetahuan pada masa itu. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi moden dan juga perkembangan aliran pemikiran falsafah secara bebas, ideologi ini kemudiannya tersebar luas kerana ianya dipercayai mampu memberi kebebasan kepada  rakyat dalam  kegiatan pencarian  ilmu pengetahuan dan pelaksanaan penyelidikan yang dapat menjamin pencapaian kemajuan dari segi ekonomi.

Prinsip – Ideologi sekular menekankan penguasaan  kebendaan. Berdasarkan ideologi ini dipercayai bahawa perjuangan benda sahaja yang memberi jaminan yang baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Kombinasi antara pengalaman hidup dan ilmu sains benar-benar menyokong teori sekular untuk dijadikan sebagai garis panduan baru dalam penyusunan semula kehidupan manusia. Selain tu, fahaman ini tertakhluk kepada prinsip-prinsip moral yang bebas. Oleh sebab itu, fahaman ini  mudah diterima oleh mereka yang tidak mempunyai agama sebagai prinsip rasional. Memberi peluang kepada penganut-penganut agama yang tidak berpuas hati dengan ajaran agama atau mereka yang mencintai kebebasan mutlak menumpukan perhatian kepada idealogi sekular.

Ciri-ciri :

  1. Penafian hal-hal kerohanian
  2. Mengagungkan kebolehan akal rasional
  3. Menafikan nilai hidup tetap (kekal)
  4. Menolak keimanan kepada AllAH
  5. Yakin kepada kebebasan, kebolehan dan kemajuan manusia
  6. Pemisahan antara agama dan soal negara
  7. Menyakini nilai Islam harus dibezakan daripada nilai kehidupan manusia
  8. Menonjolkan isme-isme baru seperti positivism, heroism, relativism
  9. Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut bukan Islam
  10. Menganggap bahawa syariat Islam ketinggalan zaman.
  11. Menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam                             




Kuasa manusia (Manpower) - Untuk mencapai cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Sekiranya manusia menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik. Sekiranya manusia menggunakan akalnya secara tidak bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang kurang memuaskan. Manusia perlu memaksimumkan daya usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin agar nanti pendapatan mereka tinggi sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dalam usaha memaksimumkan kepenggunaan mereka.
Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting bahkan diketepikan.

LIBERALISME

Falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpat sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.
§  
Liberalisme agama bermula daripada gerakan Martin Luther (1483-1546) telah membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 masihi.
§  
Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
§ 
Liberalisme ekonomi menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Setiap individu diberi kebebasan memiliki harta dan berniaga.



MODENISME

Modenisme merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi, dan uji kaji praktikal.


 HUMANISME

Dibawah sifat fahaman Humanisme iaitu percampuran bebas, penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok, pendidikan seks.

Sifat Fahaman Humanisme

(a) Percampuran Bebas
Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab.
Berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’). Mereka membuat tanggapan bahawa sifat malu itu adalah satu sifat yang negatif dan tidak baik dan warisan daripada manusia purba.

(b) Penggunaan Istilah-istilah Yang Mengelirukan
Antaranya ialah :
*     Istilah ‘unisex’ dipopularkan bagi kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut yang dinamakan Unisex Saloon adalah tempat untuk gunting rambut bagi wanita dan juga lelaki di tempat yang sama. Fesyen atau ‘style’ gunting rambut pun ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut panjang dengan tocang atau memakai subang dan wanita berfesyen rambut pendek. Bintang-bintang filem dalam kaca televisyen dan penyanyi lagu dibuat untuk menjadi teladan dan (role model) bagi golongan remaja.
*     Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah ‘bintang-bintang’ filem. Istilah ‘bintang’ bermaksud untuk memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang direstui atau tidak direstui oleh Islam.
*     Istilah ‘Gay’. Istilah ini digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hukum Islam.
*     Istilah ‘Chairman’ Ia ppada lazimnya digunakan untuk individu yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini dibantah oleh gerakan pembebasan (emansipasi) wanita Barat Sekular Moden. Sebabnya ialah kononnya a memperkecilkan peranan wanita dan menunjukkan sifat chauvisnisme (berat sebelah atau condong kepada hak lelaki).
*     Istilah ‘He’ mereka membantah penggunaan perkataan ‘He’ bagi gantinama Tuhan. Mereka menimbulkan persoalan “Mengapakah Tuhan dianggap lelaki?”. Yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah tidak menyerupai sebarang makhluknya.


(c) Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
‘Penukaran peranan’ (change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh Allah s.w.t mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan.

(d) Gearakan Pembebasan Wanita
Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah.

(e) Kaunseling Berkelompok
Untuk menghapuskan kononnya perasaan malu, mereka mangadakan kaunseling berkelompok. Peserta lelaki dan perempuan sejumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap seorang menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan.

(f) Pendidikan Seks
Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduanbagi penyelidikan moral’. Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut. Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks.

No comments:

Post a Comment