NAMA : MUHAMAD
FIKRI BIN RAMLI
NO.MATRIK : 204528
TAJUK : RINGKASAN BAB 3
SEKULARISME
Sekularisme
mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang luas, berkisar dengan ruang legar kehidupan dunia yang
bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata. Perkataan dasar
Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin 'saeculum'.
Saeculum membawa maksud masa dan tempat. Maksud sekular yang merujuk kepada
masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan. Manakala tempat pula merujuk
kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata (J. A. Amurray & H. Bradley
1994). Oleh itu, kehidupan secara Sekular mesti berfokuskan kepada kehidupan
dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tidak ada kaitan dengan hari
kiamat atau pembalasan.
Sejarah - Sekularisme
merupakan satu ideologi yang dibangkitkan
di sekitar negara barat pada
zaman pertengahan Eropah. Fahaman ini dibangkitan semasa penentangan yang
dibuat oleh golongan protestan terhadap gereja Katolik yang mencengkam kuasa
dan mempengaruhi cara hidup bangsa
Eropah. Ekoran daripada penentangan tersebut, munculnya usaha bagi memisahkan agama daripada urusan dunia
dan ini seterusnya mendorong kepada kemunculan ideology secular. Aliran ini berjaya diberi perhatian atas
kebebasan yang diinginkan apabila berjaya menghadkan kuasa gereja daripada
mengawal dan mempengaruhi corak pemikiran, pengetahuan dan soal politik.
Seiring dengan Revolusi Perancis 1789, ideologi
ini terus diperkembangkan lagi. Pemerintahan gereja yang tidak membuka
ruang pemikiran dan pengkajian terhadap
ilmu-ilmu mencetuskan pemberontakan di
kalangan rakyat demi mencipta kemajuan. Pada waktu yang sama , ideologi sekular
telah meberi ruang kepada penyebaran ilmu pengetahuan pada masa itu. Selaras
dengan perkembangan sains dan teknologi moden dan juga perkembangan aliran pemikiran
falsafah secara bebas, ideologi ini kemudiannya tersebar luas kerana ianya
dipercayai mampu memberi kebebasan kepada rakyat dalam
kegiatan pencarian ilmu
pengetahuan dan pelaksanaan penyelidikan yang dapat menjamin pencapaian
kemajuan dari segi ekonomi.
Prinsip – Ideologi sekular menekankan penguasaan
kebendaan. Berdasarkan ideologi ini dipercayai bahawa perjuangan benda
sahaja yang memberi jaminan yang baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan
selamat. Kombinasi antara pengalaman hidup dan ilmu sains
benar-benar menyokong teori sekular untuk dijadikan sebagai garis panduan baru
dalam penyusunan semula kehidupan manusia. Selain tu, fahaman ini tertakhluk kepada prinsip-prinsip moral yang
bebas. Oleh sebab itu, fahaman ini mudah
diterima oleh mereka yang tidak mempunyai agama sebagai prinsip rasional. Memberi
peluang kepada penganut-penganut agama yang tidak berpuas hati dengan ajaran
agama atau mereka yang mencintai kebebasan mutlak menumpukan perhatian kepada
idealogi sekular.
Ciri-ciri
:
- Penafian hal-hal kerohanian
- Mengagungkan kebolehan akal
rasional
- Menafikan nilai hidup tetap
(kekal)
- Menolak keimanan kepada AllAH
- Yakin kepada kebebasan,
kebolehan dan kemajuan manusia
- Pemisahan antara agama dan
soal negara
- Menyakini nilai Islam harus
dibezakan daripada nilai kehidupan manusia
- Menonjolkan isme-isme baru
seperti positivism, heroism, relativism
- Penerapan syariat Islam atau
nilai-nilai Islam akan merugikan penganut bukan Islam
- Menganggap bahawa syariat
Islam ketinggalan zaman.
- Menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam
Kuasa manusia (Manpower) - Untuk mencapai cita-cita,
manusia akan menggunakan akalnya. Sekiranya manusia menggunakan
akalnya dengan betul dan bijaksana dia akan membentuk nilai-nilai moral yang
baik. Sekiranya manusia menggunakan akalnya secara tidak bijaksana, dia akan
membentuk nilai-nilai moral yang kurang memuaskan. Manusia perlu memaksimumkan
daya usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin agar nanti
pendapatan mereka tinggi sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan dalam usaha memaksimumkan kepenggunaan mereka.
Antara kelemahan manusia bercita-cita
tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari
kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini
tidak lagi penting bahkan diketepikan.
LIBERALISME
Falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai
nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan
kesamarataan peluang. Liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu
mempunyai kebebasan tanpat sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam
ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.
§
Liberalisme
agama bermula daripada gerakan Martin Luther (1483-1546)
telah membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan
membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 masihi.
§
Liberalisme
politik menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka
undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
§
Liberalisme ekonomi menyatakan
bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang
sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Setiap individu diberi
kebebasan memiliki harta dan berniaga.
MODENISME
Modenisme merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta,
membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains,
teknologi, dan uji kaji praktikal.
HUMANISME
Dibawah sifat fahaman Humanisme iaitu percampuran bebas, penggunaan
istilah-istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan
perempuan, gerakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok, pendidikan seks.
Sifat Fahaman Humanisme
(a) Percampuran Bebas
Percampuran bebas antara lelaki dan
perempuan tanpa sekatan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan
perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab.
Berusaha menghapuskan halangan-halangan
tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’). Mereka membuat
tanggapan bahawa sifat malu itu adalah satu sifat yang negatif dan tidak baik
dan warisan daripada manusia purba.
(b) Penggunaan
Istilah-istilah Yang Mengelirukan
Antaranya ialah :
(c) Penukaran Peranan
Antara Lelaki dan Perempuan
‘Penukaran peranan’ (change role) antara lelaki dan perempuan
adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh
Allah s.w.t mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang
memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi
nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan.
(d) Gearakan
Pembebasan Wanita
Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud
(pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari
kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan
Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah.
(e) Kaunseling
Berkelompok
Untuk menghapuskan kononnya perasaan
malu, mereka mangadakan kaunseling berkelompok. Peserta lelaki dan perempuan
sejumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap seorang
menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan.
(f) Pendidikan Seks
Pendidikan seks telah dimulakan di
Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduanbagi penyelidikan moral’.
Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi
panduan-panduan tersebut. Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem
pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan
diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi
kemahuan seks.